Saturday, 19 April 2014

ILUSI MASA

Semua yang diterangkan sebelum ini di dalam nukilan "ILUSI DUNIAWI" telah menunjukkan sebuah 'ruang 3 dimensi' sebenarnya adalah tidak wujud. Ia hanyalah prejudis yang diinspirasi oleh persepsi dan manusia menjalani kehidupannya di dalam 'ruang kosong'. Untuk mendakwa sebaliknya adalah bertentangan dengan sebab dan kebenaran sains kerana tidak terdapat bukti kewujudan sebuah dunia 3 dimensi yang sah.

Persepsi Masa

Persepsi yang kita gelar masa sebenarnya adalah perbandingan suatu ketika dengan ketika yang lain. Sebagai contoh, apabila anda mengetuk sebuah meja anda akan mendengar suatu bunyi. Apabila anda mengetuk meja yang sama 5 minit kemudian anda akan mendengar objek yang kedua. Situasi ini dinamakan sebagai selang waktu. Tetapi di saat mendengar bunyi kedua, bunyi pertama tadi tidak lebih dari sebuah pembayangan mental. Ia hanyalah sekadar satu bit maklumat di dalam memorinya. Kita dapat merumuskan konsep masa dengan membandingkan saat kini dengan apa yang terkandung di dalam memorinya. Sekiranya perbandingan ini tidak dilakukan, maka apa yang dipanggil masa tidak wujud.






Ringkasnya, masa wujud hasil daripada perbandingan yang dilakukan di antara beberapa ilusi yang tersimpan di dalam otak. Sekiranya seseorang itu tidak mempunyai memori, maka otaknya tidak akan dapat membuat tafsiran seperti ini dan dengan itu persepsi masa tidak mungkin terbentuk. Punca mengapa seseorang itu merasakan dirinya 30 tahun adalah kerana dia telah mengumpulkan maklumat yang berkaitan dengan tiga puluh tahun ini.

Contoh penting... seperti berikut...

Anggaplah bahawa kita dimasukkan ke dalam sebuah bilik yang hanya mempunyai sebuah tingkap dan kita ditempatkan di situ untuk beberapa lama. Sebuah jam diletakkan supaya kita dapat melihat jumlah masa yang berlalu dan pada masa yang sama, kita dibenarkan melihat matahari terbenam dan timbul pada suatu perbezaan masa tertentu melalui tingkap bilik tersebut. Beberapa hari kemudian, jawapan yang kita berikan tentang tempoh masa yang telah diluangkan di dalam bilik tersebut berdasarkan kepada maklumat yang telah kita himpun dengan melihat kepada jam dari masa ke semasa dan kepada pengiraan yang kita lakukan dengan merujuk kepada berapa kali matahari terbenam dan terbit.

Anggaplah, kita anggarkan kita telah menghabiskan masa di dalam bilik tersebut selama 3 hari. Tetapi, sekiranya org yang memasukkan kita ke dalam bilik tersebut datang dan menyatakan bahawa kita telah meluangkan masa selama 2 hari di dalam bilik tersebut dan bahawa jam di dalam bilik tersebut telah diaturkan untuk bergerak pantas dan matahari yang kita lihat melalui tingkap telah dihasilkan oleh sebuah mesin simulasi, maka perkiraan yang kita lakukan itu tidak mempunyai sebarang erti.

Contoh ini membuktikan bahawa maklumat yang kita miliki tentang kadar berlalunya masa adalah berdasarkan kepada rujukan relatif. Teori Asas Relativiti Einstein menyatakan bahawa kelajuan masa berubah berdasarkan kepada kelajuan sesuatu objek dan kedudukannya di dalam medan graviti. Apabila kelajuan bertambah, masa akan menjadi singkat, mampat, menjadi perlahan seolah-olah ia berada tahap berhenti.

Fahami dengan teliti...

Mari kita jelaskan dengan sebuah misal yang dibuat oleh Einstein sendiri. Bayangkan dua org kembar, seorang tinggal di bumi dan seorang lagi mengembara di angkasa lepas pada kelajuan yang hampir sama dengan kelajuan cahaya. Apabila kembali, si pengembara akan mendapati saudaranya telah membesar lebih tua daripadanya. Puncanya adalah kerana masa berjalan lebih perlahan kepada orang yang bergerak pada kelajuan yang hampir dengan kelajuan cahaya. Jika ibarat yang sama dilakukan kepada seorang ayah yang menjadi pengembara angkasa lepas dan anaknya tinggal di bumi, sekiranya si ayah berusia 27 tahun ketika memulakan pengembaraan dan anaknya berusia 3 tahun, maka apabila si ayah kembali ke dunia 30 tahun kemudian (masa bumi) anaknya akan berusia 33 tahun tetapi ayahnya baru berusia 30 tahun.

Sungguh menarik....

Adalah tidak mustahil untuk melihat bukti saintifik bahawa masa adalah sebuah persepsi psikologi yang bergantung kepada peristiwa, latar dan keadaan di dalam banyak ayat Al-Quran. Misalnya, hidup manusia ini adalah sementara seperti yang disebutkan oleh Al-Quran:

(Ingatlah akan) hari Ia menyeru kamu lalu kamu menyahut sambil memuji kekuasaan-Nya, dan kamu menyangka, bahawa kamu tinggal dalam kubur hanya sebentar.(Surah Al-Isra:52)

Dan Ingatlah ketika Tuhan himpunkan mereka pada hari kiamat kelak, dengsn keadaan mereka merasai seolah-olah mereka tidak tinggal di dunia melainkan sekadar satu saat sahaja dari siang hari. Mereka akan berkenal-kenalan sesama sendiri. Sesungguhnya rugilah orang-orang yang telah mendustakan hari menemui Allah untuk menerima alasan, dan yang tidak mendapatkan petunjuk (ke jalan mencari untung semasa hidup di dunia). (Surah Yunus:45)

Di dalam beberapa ayat telah dijelaskan bahawa manusia menerima masa secara berbeza dan kadang-kala manusia menerima satu jangka masa yang sgt pendek atau sgt panjang. Perbualan manusia berikut yang berlangsung ketika hari perhitungan di Akhirat merupakan sebuah contoh yang baik:

Allah bertanya lagi:"Berapa tahun lamanya kamu tinggal di bumi?" Mereka menjawab: kami tinggal selama sehari atau sebahagian dari sehari; maka bertanyalah kepada golongan malaikat yang menjaga urusan menghitung Allah berfirman; "Kamu tidak tinggal di dunia melainkan sedikit masa sahaja, sekiranya kamu dahulu mengetahui hal ini. (Surah Al-Mukmunun:112-114)

Di dalam ayat yang lain pula menjelaskan bahawa masa dapat berlangsung pada jarak yang berbeza di dalam tempat-tempat yan berbeza:
Sesungguhnya satu hari dari hari-hari azab di sisi Tuhanmu adalah menyamai seribu tahun dari yang kamu hitung.(Surah Al-Hajj: 47)

Semua ayat ini menerangkan ekspresi relativiti masa. Kenyataan bahawa hasil ini yang baru difahami melalui bidang sains mutakhir abad ke-21, yang telah disampaikan kepada manusia 1400 tahun dahulu oleh Al-Quran, merupakan tanda bahawa Al-Quran telah diturunkan Allah s.w.t yang menguasai seluruh masa dan ruang.

Bagaimana dengan kisah Ashabul-Kahfi?

Sejumlah kenyataan di dalam Al-Quran menunjukkan bahawa masa adalah sebuah persepsi. Ini jelas dalam kisah tamadun silam. Sebagai contoh, Allah telah membiarkan Ashabul-Kahfi, sekumpulan orang-orang yang beriman yang disebutkan di dalam Al-Quran berada dalam tidur yang lena selama lebih daripada 3 kurun. Apabila mereka terjaga, mereka merasa bahawa mereka telah berada di negeri tersebut sekejap sahaja dan tidak dapat mengagak berapa lama mereka tidur.

Lalu kami tidurkan mereka dengan nyenyaknya dalam gua itu, bertahun-tahun yang banyak bilangannya. Kemudian Kami bangkitkan mereka dari tidurnya, untuk Kami menguji siapakah dari 2 golongan di antara mereka yang lebih tepat kiraannya, tentang lamanya mereka hidup (dalam gua itu) (Surah Al-Khafi:11-12)

Dan demikianlah pula Kami bangkitkan mereka dari tidur, supaya mereka bertanya-tanya sesama sendiri. Salah seorang di antaranya bertanya: "berapa lama kamu tidur?" sebahagian dari mereka menjawab :"kita telah tidur selama sehari atau sebahagian dari sehari". sebahagian lagi dari mereka berkata:" Tuhan kamu lebih mengetahui tentang lamanya kamu tidur; sekarang utuslah salah seorang dari kamu, membawa wang perak kamu ini ke Bandar; kemudian biarlah dia mencari dan memilih mana2 jenis makanan yang lebih baik lagi halal, kemudian hendaklah ia membawa untuk kamu sedikit habuan daripadanya dan hendaklah ia beramah lembut dengan bersungguh-sungguh (semasa di Bandar) dan janganlah dia melakukan sesuatu yang menyebabkan sesiapa pun menyedari akan hal kau.(Surah Al-Khafi:19)

Seperti yang disebutkan di dalam ayat tersebut, manusia tidak berupaya untuk mengetahui berapa lama dia tidur. Dalam keadaan ini, untuk mendakwa bahawa masa adalah mutlak adalah sesuatu yang tidak masuk akal.

Semoga bermanfaat difikir2 kan.
Allahu'alam... Wassalam

No comments :

Post a Comment