Friday, 4 April 2014

HOT! Gambar Separuh Bogel Adi Putra Tersebar!

Minggu lalu, nama aktor Adi Putra kembali menjadi perbualan ramai apabila gambar separuh bogelnya telah disebarkan oleh bekas suami wanita yang didakwa pernah menjadi skandalnya.



Gambar tersebut dikongsikan Amirruddin Othman di laman Instagramnya selepas kes mereka sebelum ini telah diklasifikasikan sebagai No Further Action (NFA) oleh pihak polis.

Kes Adi Putra: Suami Tak Puas Hati, Minta Pegawai Polis Dikenakan Tindakan!

Mengulas lanjut mengenai tindakan bekas suami Nooraida Abdul Talib itu, Adi berkata dia tidak berniat untuk menyaman lelaki tersebut.



“Saya terlalu kerdil nak marah. Kalau ikutkan amarah, semua manusia ada amarah. Tapi fikir kembali ke mana amarah itu pergi. Saya tak nak komen.

"Ungkapan pendek yang boleh saya ungkapkan hanyalah sabar,” katanya memetik portal Ohbulan.

Pelakon kelahiran Kota Singa ini juga mengambil pendekatan tidak mahu menghiraukan mengenai perkara tersebut sebaliknya mahu lebih terus fokus dalam kerjayanya serta perniagaan umrah yang diusahakannya kini. -Mynewshub.my

No comments :

Post a Comment