Friday, 23 August 2013

BELANJAWAN 2013 ; ...Apa Nak Jadi..???



Kerajaan BN akan membentangkan Belanjawan 2013 pada 28 Sept 2012 nie...

Oleh itu amat wajar diperkatakan disini apakah pemahaman yang perlu kita fahami sebelum mendengar tepukan meja-meja di Parlimen...dan membaca berkajang-kajang butiran Belanjawan.. 

Perhatian umum semestinya tertumpu ke atas "BERITA BAIK" yang kita harapkan.. 

Hakikatnya, "BERITA BAIK" ini hanyalah khayalan...Apa pun "ole-ole" yang kita dapat ..kita membayarnya dengan cara yang lain.."Ole-ole" ini bukan DUIT PERCUMA yang dihulurkan oleh kerajaan..."Ole -ole" ini dibayar dengan DUIT CUKAI KITA !!!!!!!!.. 

Ia dipanggil Belanjawan kerana Kerajaan ..sama seperti kita ..mempunyai satu jumlah wang yang tetap dan terhad untuk digunakan setiap tahun...

Kerajaan memperolehi wang daripada cukai..seperti cukai pendapatan dan korporat..dan pelbagai duti eksais dan tarif..dan tentunya ..royalti petroleum..Ini mengisi dompet Kerajaan..dan apabila ia keluar dari dompet..ianya adalah untuk perbelanjaan membayar kakitangan Kerajaan...menanggung penjagaan kesihatan dan pendidikan dan pembangunan negara ..dan tentunya.."berita baik" utk kita...

Pada saat ini ..kita perlu prihatin bahawa "BELANJA" Kerajaan BN TELAH MELEBIHI HASIL SEJAK 1998...JURANG INI TELAH DITAMPUNG OLEH PINJAMAN...ATAU DALAM ERTI KATA BERHUTANG a.k.a HUTANG...KETIKA INI HUTANG NEGARA BERADA DIPARAS RM456.1 BILLION BERSAMAAN 53.5%-54% DARIPADA KADAR DALAM NEGARA KASAR.

Senang kata jika setiap Belanjawan ..Kerajaan tidak membelanjakan sehingga melebihi Belanjawan maka Malaysia tidak perlu untuk menambah hutang seperti sekarang...

BELANJAWAN boleh juga diertikan sebegini..

BELANJAWAN ADALAH MENGENAI PILIHAN - TAMBAH RM1.00 DISINI BERMAKNA KURANG RM1.00 DISANA.

Ertinya;...SETIAP RINGGIT a.k.a RM "OLE-OLE" YANG KITA "DAPAT" ADALAH BERSAMAAN RM1.00 DIKURANGKAN UNTUK PERKARA PENTING LAIN YANG SEPATUTNYA KITA DAPAT JUGA...CONTONYA SEPERTI PENJAGAAN KESIHATAN ATAU PENDIDIKAN..

Semestinya selepas Belanjawan diumumkan..dibentangkan..disurahkan panjang lebar berkajang-kajang sampai lewat petang...esoknya pula..media massa..pro-kerajaan wajib utk memastikan kegembiraan Kerajaan dan Media Massa pro-kerajaan sentiasa berada didalam mood ceria-gumbira laksana hari raya dan membiarkan tumpuan diberikan kepada 'BERITA BAIK" kerana.....IA BOLEH MENGELAKKAN PERBINCANGAN DAN PERDEBATAN KE ATAS ISU YANG BENAR-BENAR PENTING ...iaitu..:-...jeng jeng jeng jenggggg......!!!!!!!!!!!!!

1- Kebertanggungjawapan...Adakah matlamat Belanjawan tahun lepas dipatuhi dan dilaksanakan..???????????

2- Betapa berkesan wang tersebut dibelanjakan..????..Adakah pembekal memberikan nilai..??? ..Adakah Kerajaan membayar berlebihan untuk perkhidmatan..????

3- Berapa besar sepatutnya Belanjawan akan datang..?...Lebih besar tidak semestinya lebih baik...Sebab lebih besar juga bermakna CUKAI YANG LEBIH TINGGI ATAU PINJAMAN KERAJAAN YANG LEBIH BESAR...HUTANG BESAR DAAAA...

4- Setelah kita membuat keputusan berapa besar jumlah Belanjawan yang sepatutnya...bagaimana pula wang tersebut harus dibelanjakan..????..Contohnya..

RM4.78 Billion telah diperuntukan utk pendidikan dan latihan pada 2012...Adakah itu terlalu banyak..???..terlalu sedikit..???....Adakah kita perlu mengurangkan perbelanjaan pendidikan dan melebihkan penjagaan kesihatan yang cuma memperolehi RM13.7 Billlion...???...Patutkah kita naikan subsidi..??? Tetapi jika kita naikkan subsidi....kuranglah wang untuk pendidikan dan penjagaan kesihatan dan lain-lain perkara..????

Untuk itu ..sewajarnya kita sebagai rakyat Malaysia bukan sahaja setakat mendengar dan bergembira dengan Belanjawan yang disurahkan oleh pemimpin Kerajaan...kita pelu ada sifat ingin tahu yang extremm..extra..ultra..tanya kan lagi kepada pemimpin kita setelah kita mendengar dan melihat Belanjawan 2013 ini...tanya lagi..

Apadianie Belanjawan-Belanjawan..nie..???...Untuk apa Belanjawan-Belanjaan nie...???
Habih tue..apa yang nak jadi dengan Belanjawan-Belanjawan nie..????

Adakah cukup utk kita ....macam nak jadi Polis soal siasat penjenayah..tanya mcm-mcm soalan kat kerajaan ..cukup ka..???

Namun..apa yang pasti..Kita a.k.a Rakyat Malaysia..perlu mengakui..Kita tidak boleh banyak bersuara dalam menentukan bagaimana Bajet dibelanjakan...sekiranya kita masih memastikan majoriti 3/4 kerusi atau majoriti mudah didalam Parlimen yang memihak kepada Kerajaan yang memerintah sekarang...

So..PRU13 nie..pandai2lah hampa ..nak pangkah undi "Syaitan Dikenali atau Malaikat yang tidak dikenali"..huhuhu


*segala teks diatas adalah copy paste dan sedikit edit tambah campoq ayat dari saya... Saya cilok dari sebuah buku yang gambaqnya seperti diatas..huhuhu..jangan maraaaa haaaaa.. ngeh ngeh ngeh..

No comments :

Post a Comment