Tips Memulihkan Google Chrome Crashed ditulis kerana kebanyakan pengguna chrome pernah menghadapi google chrome hang dan tidak berfungsi di mana anda pasti pernah menghadapi perkara ini setelah lama menggunakan google chrome. Usah risau kerana ia adalah perkara biasa yang berlaku di sebabkan perkara tertentu dan boleh dibaiki dengan mudah.
Apabila berlaku chrash pada google chrome selalunya ia meminta anda untuk menutup browser tersebut ataupun menunggu sehingga ia berfungsi semula. Crash yang kerap berlaku walaupun selepas menutup dan membukanya semula mungkin akan menyebabkan anda berasa menyampah dan teringin membuang browser ini dari komputer anda. Tunggu sebentar dan cuba terlebih dahulu langkah-langkah di bawah bagi mengatasi chrash pada chrome anda.
Terdapat beberapa sebab mengapa browser google chrome anda chrashed atau tidak berfungsi. Perkara ini berkemungkinan disebabkan oleh google chrome anda telah rosak, google chrome anda tidak compatible dengan OS anda, registry telah di ubah oleh virus ataupun add on pada google chrome anda sudah rosak. Di bawah adalah beberapa perkara yang anda boleh lakukan dalam bagaimana memuihkan google chrome crash fix.
Restart. Restart komputer anda. Komputer anda mungkin telah digunakan terlampau lama di mana memory dan cpu telah digunakan dengan banyak. Bagi tujuan mengosongkan memory dan cpu usage anda digalakkan restart terlebih dahulu.
Add on. Disable add on dan plugin pada chrome anda.
Uninstall/Buang Google Chrome. Uninstall dan install semula perisian google chrome anda bagi memastikan semua fail penting chrome lengkap dan mengantikan semula fail yang telah rosak.
Bersihkan Registry. Bersihkan registry komputer anda menggunakan registry ccleaner dan sebagainya.
Scan. Sekiranya selepas langkah tiga anda tidak berjaya memulihkan google chrome anda yang selalu crash tersebut maka anda perlu mengimbas komputer anda menggunakan perisian antivirus. Kemungkinan komputer anda telah dijangkiti virus mahupun spyware.
Format. Sekiranya semua tidak berjaya dan google chrome anda tetap chrash namun anda tetap ingin menggunakannya maka langkah terakhir ialah format semula komputer anda.
Selamat mencuba.
No comments :
Post a Comment