Thursday, 26 January 2012

Penggodam Arab lancarkan serangan baru di laman web Israel

Serangan cyber terhadap laman web Israel telah meningkat sejak awal bulan ini, ramai di antaranya diakui dilakukan oleh penggodam (hacker) Arab.

Dalam mesej di Twitter, sayap Palestin penggodam global kolektif Anonymous mendakwa bertanggungjawab menyerang laman bahasa Ibrani Haaretz, yang masih tidak beroperasi pada akhir Rabu.



Bahagian Bahasa Inggeris akhbar itu juga disasarkan tetapi beroperasi semula pada sebelah petang.

Mangsa-mangsa lain termasuk dua hospital Tel Aviv dan Israel Festival, satu acara utama kebudayaan di negara Yahudi itu. Pada laman utamanya, keluar slogan "Free Palestin" dan "Death to Israel", manakala muzik Arab berkumandang di latar belakang.

Penggodam Arab telah sejak awal Januari menyasarkan banyak laman web termasuk bursa saham Tel Aviv, syarikat penerbangan kebangsaan El Al dan anggota bomba tempatan.

Penggodam juga mengepos butir-butir daripada berpuluh-puluh ribu kad kredit rakyat Israel.

Penggodam Israel telah melancarkan beberapa serangan balas, walaupun kerajaan Israel telah meminta mereka agar menahan diri.

[AFP , AlArabiya News]

No comments :

Post a Comment