Imej Masjidil Haram yang diambil dari stelit pada waktu malam.
Pemandangan yang cukup memukau.
Tahun 2020
Selepas Israel mengumumkan perancangan dan pembangunan Israel 2020, Malaysia mengisytiharkan projek meganya dengan menjadikan tahun 2020 sebagai sasaran untuk menjadi sebuah negara maju. Indonesia juga mengambil langkah serupa. Terbaru Arab Saudi mengumumkan perancanganya membangunkan kota moden di seluruh negara itu menjelang tahun yang sama iaitu 2020.
Apakah keistimewaan 2020 ini hanya pemimpin negara-negara berkenaan sahaja dapat menjawabnya. Walaubagaimana pun terdapat sesuatu kesamaran mengenainya. Kenapa mereka memilih tahun yang sama? Israel yang memulakannya dengan projek Israel 2020 dan mengapa pula negara Islam, Malaysia, Indonesia dan Arab Saudi mengikutnya? Bukannya negara lain seperti Vietnam, Thailand, India, Singapura, Afrika Selatan atau Korea.
Sesetengah pihak membuat andaian ini semua kerja Illuminati dan Zionis memandangkan ia bermula di Israel. Jika pun ada sebarang kemungkinan ke arah itu, sehingga hari ini belum ada pihak yang dapat mengemukakan bukti yang jelas, ia masih pada tahap hipotesis atau sangkaan/andaian. Diharap ada sesiapa di sini yang tahu mengenainya dapat mengemukakan maklumat tersebut.
Buat waktu ini kita mengambil langkah selamat dengan bersangka baik dan menerimanya sebagai takdir yang ditetapkan oleh Maha Pencipta sebagai asbab kepada kejadian masa mendatang..
Memandangkan kita sudah mencapai waktu kritis penghujung hayat dunia, terfikir pula satu kemungkinan yang lain, apakah Imam Mahadi akan mengambil alih kota Makkah pada 2020 nanti? Dajjal pula menduduki Israel? Menarik juga untuk difikirkan. Bagaimana pula Malaysia dan Indonesia? Siapa yang akan menguasai negara ini 2020 nanti? Sekutu Dajjal atau sekutu Imam Mahadi?
Makkah dan Madinah pasti akan terpelihara, itu janji Allah melalui perkataan RasulNya. Kita bersangka baik sehinggalah wujudnya tanda sebaliknya. Tidak salah kita memerhati dan mengkaji keadaan ini supaya hati kita sentiasa berwaspada terhadap setiap peristiwa yang berlaku di sekeliling kita.
Masjidil Haram
"Aerial Photo" keadaan di MAKKAH awal tahun 2011 (Abraj al Bait masih belum siap). Hotel-hotel dan kedai-kedai lama di kawasan utara dan timur Masjidil Haram telah di robohkan dan dibersihkan (pretty clean) bagi membangunkan semula Kota Makkah menjelang 2020.. Sekiranya anda ingin melihat keadaan semasa di sekitar Masjidil Haram, anda boleh aktifkan Google Earth melalui peta yang saya sisipkan di bahagian bawah entri ini.
Kawasan yang luas di utara Masjidil Haram telahpun dibersihkan
Masjidil Haram juga bakal mengalami perubahan
Perancangan hebat sedang di atur oleh kerajaan Arab Saudi di bawah pemerintahan King Abdullah untuk menjadikan Kota Makkah dan Madinah sebuah bandar moden dan indah bermula dengan terbinanya Abraj al Bait. Satu saluran paip sedang dibina unyuk mengalirkan air zam-zam dari Masjil Haram di Makkah ke Masjid Nabawi di Madinah. Selepas ini jika kita berada di Madinah, kita juga boleh mendapat bekalan air zam-zam.
Jeddah juga bakal mengalami perubahan hebat apabila terbinanya Saudis Kingdom Tower milik syarikat terkenal di Saudi Arabia, Kingdom Holding Company yang diterajui oleh Prince Al Waleed Bin Talal. Kos pembinaan dijangka bernilai USD 30 billion dan merupakan bangunan pertama mempunyai ketinggian satu batu (1 mile skyscraper building)
Kingdom Tower
Makkah dan Madinah Menjelang 2020
Di bawah ini disenaraikan projek 2020 Arab Saudi untuk tatapan semua.
Makkah-Al-Mukkarrmah 12 tahun akan datang
Projek Jamarat di Mina, Makkah Al Mukkarrmah
Dimaklumkan engineer yang buat project ini dilaksana oleh orang MELAYU dan ISLAM daripada MALAYSIA, Sejauhmana maklumat ini benar, akan terjawab nanti.
Keretapi Letrik akan bermula tahun hadapan dari Makkah ke Mina, Mina ke Muzdalfah dan dari Mudzalifah ke Arafah
Kaabah dengan 4 payung khas Mataaf
Projek Masjidil Haram 3 tahun dari sekarang
Projek Perumahan Moden di sekitar Tanah Suci
Madinatul Munawwarah dan Masjid Nabi 4 tahun akan datang
No comments :
Post a Comment