Saturday 9 January 2016

Rock Ooo - Rimba Bara Kembali

Rock Ooo ialah sebuah filem komedi muzikal yang diarahkan oleh Mamat Khalid dan dibintangi oleh Que Haidar, Khir Rahman, Soffi Jikan dan Pekin Ibrahim. Filem ini ditayangkan pada 28 Februari 2013.... Filem ini merupakan sekuel kepada filem Rock [ 2005 ].



Plot cerita ini berdasarkan kehidupan kugiran Rimba Bara setelah pemergian Zack dari kugiran tersebut. Cerita bermula dengan kisah bagaimana Amy Mat Piah melalui hari-harinya selepas dibuang dari kumpulan Rimba Bara. Hari-hari beliau sering dihantui dengan kisah Rimba Bara, walaupun beliau telah meneruskan pekerjaan beliau sebagai pembuat air batu campur.


Klik gambar untuk menonton Filem ini

Rata-rata pengkritik filem memberi ulasan yang positif mengenai filem ini. Filem ini menerima standing oviation ketika ditayangkan untuk media tempatan. Aidil Rusli dari The Malaysian Insider memuji filem ini sebagai "...lawak bodoh yang kelakar." Fikri Jermadi dari portal perfileman thoughtsonfilms.com memuji mutu arahan Mamat Khalid dan lakonan Khir Rahman. Portal hiburan Ohbulan.com menekankan kejayaan Mamat Khalid menerapkan nilai-nilai murni serta sindiran dalam filem ini dengan sempurna. Portal perfileman kakiwayang.com pula mengkritik tiadanya kesinambungan antara filem ini dengan filem pertama tetapi memuji kejayaan filem ini menggambarkan Kuala Lumpur pada tahun 80-an. Filem ini mendapat rating 7.7 per 10 dalam portal perfileman IMDb.

No comments :

Post a Comment