Thursday 21 January 2016

6 Fakta Untuk Dapatkan Biasiswa

Perlu ke lulus dan dapat straight A?



Biasiswa dianugerahkan kepada pelajar berdasarkan merit, pencapaian akademik, bakat khas, hobi, atau kriteria-kriteria yang ditetapkan oleh organisasi yang memberi sumbangan tersebut. Ada juga biasiswa yang diberikan berdasarkan keperluan pelajar tertentu.

Biasiswa bukan sahaja membantu pelajar dari segi kewangan, tetapi juga seperti ada kebanggan tertentu sebagai penerima, apalagi jika biasiswa yang diterima terkenal susah untuk didapatkan.

Sebelum mohon biasiswa, cari tahu dulu 6 perkara berkaitan soalan dan fakta di bawah:

1. Sebab apa nak cari biasiswa?



Pendidikan memang penting, tetapi biaya untuk belajar dan hidup saban tahun semakin menggerunkan. Walaupun kita belajar di institusi awam yang terkenal sebagai pilihan pendidikan paling murah, masih banyak benda yang harus difikirkan seperti perbelanjaan untuk penginapan, makan, pengangkutan dan sebagainya!


2. Dah ada rancangan jangka panjang?



Kita mestilah sudah memikirkan apa yang hendak dicapai setelah bergelar graduan: kerjaya dan kehidupan seperti apa yang kita mahukan? Pemberi biasiswa inginkan calon yang memiliki motivasi tinggi dan azam yang kuat supaya dapat diasah menjadi aset kepada syarikat dan juga negara.


3. Nak pergi mana?



Sesetengah kursus tidak disediakan di universiti awam, sehingga kita tak ada pilihan lain selain belajar di luar negara. Ada banyak universiti dan kolej swasta yang menyediakan peluang pekerjaan langsung setelah tamat belajar dalam industri yang anda mahukan. Ada juga biasiswa yang datang langsung dari beberapa institusi swasta!


4. Bila nak memohon?



Musim biasiswa tergantung kepada kelulusan pendidikan anda. Para lepasan SPM dan STPM dianjurkan untuk mula mencari biasiswa dalam bulan Januari hingga April kerana para sponsor besar (Maybank, Petronas, Khazanah, Sime Darby, dll) akan mula mengiklan pada tempoh tersebut. Sesetengah biasiswa hanya dapat dimohon setelah anda memulakan pengajian atau setelah menyelesaikan tahun pertama.


5. Apa persediaan yang mesti saya buat?



Mesti selalu membaca dan banyak bertanya!
  • Adakah sumber biasiswa itu boleh dipercayai?
  • Perlu tidak hantar CV?
  • Apakah ada syarat-syarat tertentu?
  • Adakah ia memerlukan anda untuk belajar di sebuah kampus tertentu?
  • Adakah ia memerlukan anda untuk belajar mata pelajaran tertentu?
  • Adakah biasiswa tersebut penuh atau separa?
  • Adakah nanti anda akan dipanggil untuk sesi temuduga?
  • Adakah anda perlu mengisi borang atas talian atau perlu dicetak dan hantar sendiri atau pos?
  • Bilakah tarikh tutup biasiswa tersebut?


6. Tahu siapa diri kita



…dan percaya dengan kebolehan sendiri. Itulah kunci kejayaan.

Kadang-kadang tak perlu pun untuk dapat nilai A untuk semua mata pelajaran (tapi sangat membantu!) untuk memohon biasiswa. Terdapat banyak pilihan biasiswa untuk banyak jenis pelajar: jadi cari tahu tentang diri anda. Contohnya: biasiswa untuk wanita, ahli sukan, kaum minoriti, dll.

No comments :

Post a Comment