Monday 23 November 2015

9 rahsia murah rezeki untuk anda amalkan




Ada banyak petua atau rahsia murah rezeki yang boleh kita jumpa dikongsikan dalam penulisan di kedai-kedai buku sejak lama dulu.

Tapi rasanya, belum lagi ada yang berikan teknik terperinci 9 rahsia murah rezeki untuk anda amal dengan jelas dan terang.

Biasanya bab rahsia murah rezeki ini hanya akan diselitkan dalam kuliah-kuliah umum.

Jarang sangat diadakan satu kuliah atau program khas untuk memberikan tumpuan pada petua atau rahsia bagaimana nak murah rezki.

Pernahkah anda sertai mana-mana seminar atau kuliah atau kelas yang memberikan tumpuan khas semata-mata untuk mempelajari teknik atau rahsia murah rezeki sahaja. Tidak ada perkara lain selain dari rahsia murah rezeki...pernah ke?

Kuliah khas 9 rahsia murah rezeki

Bayangkan jika ada tawaran untuk menyertai kuliah khas bertajuk 9 rahsia murah rezeki untuk anda amalkan. Penganjurnya pula merupakan pakar menjemput rezeki yang sudah terkenal hebat kaya raya senang lenang. Agak-agaknya anda masuk ke tak?

Saya rasa ada berbagai kemungkinan untuk buat keputusan samada nak masuk kuliah sebegitu atau tidak.

Pertamanya, kalau serbu masuk macam tu saja sedangkan kuliah khas untuk mempelajari akidah anda tak masuk, nampak sangat anda tak jujur.

Kalau buat tak tahu saja dan biarkan semuanya berlalu, terasa pulak rugi sedangkan diri memang memerlukan satu rahsia hebat yang terbukti berkesan untuk membolehkan rezeki datang mencurah-curah. Serba salah jadinya.

Biasanya orang kita yang berbangsa Melayu ini agak reserve dalam bab memburu rezeki ini. Kita takut kelihatan seperti orang yang tamakkan dunia. Kita malu-malu kucing nak tunjukkan diri sebenar yang sememangnya lapar kekayaan.

Tidak malu mengorek rahsia murah rezki

Saya kenal seorang wanita yang agak cantik juga tapi sudah berkahwin. Dia seorang yang memang suka hidup senang dan tak segan-segan meluahkannya.

Setiap kali dia jumpa orang kaya atau yang berjaya, dia tak segan-segan minta rahsia murah rezeki yang orang itu amalkan. Bila dah dapat, dia tak akan lupa untuk terus mengamalkannya. Begitulah kerjanya bertanya, dan beramal.

Saya kagum dengan kesungguhannya beramal membaca surah-surah tertentu, berzikir dengan zikir-zikir tertentu pada waktu tertentu, bersedekah pada waktu tertentu dan sebagainya. Dia pulun sungguh-sungguh bak kata orang Penang.

Hasilnya!, ya ! dia memang kaya betul. Betul-betul kaya dengan rumah kediaman saja melebihi RM2 juta. Saya ikuti perkembangannya dengan rasa tertarik tapi reserve apa saja kritikan terhadapnya kerana rasanya tak perlu.

Terdapat kritikan kerana perempuan itu bukanlah jenis yang pakai tudung. Dia juga kuat melaram dan pandai bersolek. Maklumlah orangnya cantik!...tapi dia cukup bersungguh amalkan apa saja petua murah rezeki dan dia nampaknya berhasil dengan jayanya.

Rasanya, cerita itu dapat memberikan sedikit semangat untuk anda bagi mencari dan amalkan rahsia murah rezeki. Apatah lagi jika anda yang membaca ini seorang yang mengamalkan semua yang wajib dan meninggalkan perkara haram...

No comments :

Post a Comment