Friday 30 October 2015

Video | Sheila Majid - Sinaran Cinta






SINARAN CINTA nyanyian Sheila Majid ini merupakan lagu tema untuk filem muzikal "Sinaran" yang akan ditayangkan di pawagam pada 26 November 2015.


SINARAN merupakan filem yang mempamerkan lakonan hebat Lisa Surihani sebagai pelakon utama, dibantu oleh pelakon Indonesia terkenal, Evan Sanders. Turut membintangi filem ini adalah Izara Aisyah, Syarif Sleeq dan Nadiah M.Din. Kelima-lima pelakon ini membawakan watak anak muda yang bertemu di kolej dan bersama-sama menempuhi hari yang penuh dengan nilai kehidupan, cinta, persahabatan, cita-cita,dan pengkhianatan.

Album runut filem (OST) Sinaran ini mengandungi lagu-lagu hit Sheila Majid seperti Sinaran, Di Dalam Emosi ini, Warna, Fikirkan Dahulu, Cinta Jangan Kau Pergi, Antara Anyer Dan Jakarta, dan Tua Sebelum Waktunya, yang disusun semula dan diberi nafas baru. Album ini juga menampilkan dua buah lagu baharu, iaitu Sinaran Cinta dan Tanpamu.


Trailer filem Sinaran

No comments :

Post a Comment