Friday 9 October 2015

Butter Prawn Terlajak Laris...




Butter Prawn, adalah my faberet. Dah banyak juga resepi butterprawn yang di cuba, namun kebanyakkannya tidak memenuhi citarasa yang cukup cerewet bab makan ini.

Hari ini anda cukup bertuah, kerana resepi kali ini benar-benar menenuhi selera anda. Boleh kata terlajak laris hingga boleh berulang-ulang makan.. dengan cukup berselera sekali.


Kepada kawan-kawan yang nak cuba, di sini AM akan kongsikan resepi Butter Prawn Terlajak laris ni...



BUTTER PRAWN TERLAJAK LARIS 

15 ekor udang segar yang besar atau sederhana besar. ( jumlah bergantung pada besar keluarga)
Buang bahagian yang tajam di muncungnya, di atas kepala dan di bahagian ekor dengan gunting.
Guntingkan juga kakinya
Guntingkan cengkerang belakang dan belah, keluarkan selaput atau tali hitam di situ
Kemudian cuci bersih udang dan toskan airnya.

Tambahkan

1 sudu teh garam
1 sudu teh lada sulah
2 sudu besar tepung jagung atau tepung kentang


Gaulkan semua bahan ini bersama udang.
Panaskan minyak yang banyak, dan goreng udang secara terendam hingga merah keemasan.
Angkat udang dan toskan minyaknya.
Ketepikan

Bahan Floss ( kuning telur)

4 biji kuning telur
1/2 sudu teh secukup rasa / serbuk pati ayam
Secubit garam
Secubit gula
3 tangkai daun kari di raut

  • Pukul semua bahan kecuali daun kari bersama kuning telur
  • Dalam kuali panaskan 1 senduk minyak jagung dan 1/2 buku butter
  • Bagi mereka yang menjaga kesihatan, kalau tak nak guna butter guna semua minyak jagung pun boleh
  • Panaskan minyak dan butter.
  • Tuangkan kuning telur dengan kaedah mengangkatnyanya pada kedudukan yang tinggi dan bila ia jatuh dalam kuali tu ia halus.
  • Sementara itu senduk telah tersedia di tangan sebelah lagi untuk segera mengacau.
  • Bila dah tuang terus kacaiu dengan belakang senduk tanpa henti.
  • Kemudian masukkan daun kari dan terus kacau hingga ia berbuih
  • Bila dah kekuningan, tuangkan dalam tapis dan tuskan minyaknya.
  • Ketepikan

Ada dua kaedah nak buat floss ni, satu menggunakan api yang panas. Dan satu kaedah lagi menggunakan api yang perlahan. Terpulang pada anda nak ikut cara yang bagaimana.




Bahan Tumis

3 tangkai daun kari ~ di raut dari tangkai dan hiris halus
3 ulas bawang merah ~ di hiris
2 ulas bawang putih ~ dihiris
4 tangkai cili padi ~ di hiris
1/2 cawan susu cair
Garam dan gula secukup rasa


Anda boleh gunakan baki minyak goreng telur tadi
Atau ambil 1 senduk kecil butter dan panaskan
Tumiskan bawang merah, bawang putih, daun kari dan cili padi hingga naik bau
Tambahkan susu cair
Perasakan dengan garam dan gula
Masukkan udang dan gaul mesra.
Bila dah masak angkat dan hidangkan di dalam pinggan
Tuangkan floss telur tadi
Sedia di nikmati.




No comments :

Post a Comment