Monday 31 August 2015

‘Kau Tunggu Nasib Kau, Tasha Shilla’ – Carmen



Nama Tasha Shilla tak pernah pudar dari dunia kontroversi. Ada sahaja benda yang membuatkan nama dia melonjak naik lagi. Sekarang ni heboh kes terbaru pula tentang Tasha Shilla yang dikatakan sanggup upah orang untuk belasah bekas kekasihnya, Hans Wong!

Nak dijadikan cerita, ada seorang wanita di Instagram yang menggunakan nama panggilan Carmen ni dikatakan adalah kekasih baru kepada Hans Wong. Cermen mendakwa Tasha Shilla telah mengupah 40 orang lelaki untuk pukul Hans. Bukan tu je, dia juga sanggup serang Carmen dan kekasihnya tu. Carmen siap memuat naik gambar dengan kapsyen yang terang-terang menunjukkan si Tasha Shilla punya angkara.


Uish! Ramainya sampai 40 orang lelaki! Tapi tak tahu la betul ke tidak berita ni sebab kita pun tak boleh dengar dari sebelah pihak je kan? Apa-apa pun lagi bagus kalau Tasha Shilla tampil untuk jelaskan apa yang telah berlaku sekarang ni daripada benda ni jadi lagi teruk.


No comments :

Post a Comment