Sunday 15 February 2015

Perut Boroi Juga Penyebab Zakar Tidak Tegang!

Mengikut kajian oleh Dr Eric Meulemam, pakar Amsterdam’s VU University, ada dua penyebab kenapa lemak yang banyak di sekitar perut lelaki atau boroi boleh merencat ketegangan pada zakar.



1. Megengurangkan hormon Testosteron

Lemak di perut menghasilkan enzim yang menyempitkan saluran darah dan mengurangkan aliran darah ke zakar, kata Dr Meuleman – dan itulah apa yang anda perlukan untuk mendapatkan ereksi.

Enzim yang sama juga menukarkan hormon sexsual lelaki testosteron tersebut kepada hormon sexsual wanita iaitu estrogen.

Testosteron memberi rangsangan sex dan lelaki amat memerlukannya untuk mendapat dan mengekalkan ereksi semasa melalukan hubungan intim.

2. Pengabaian masalah kekerasan/ereksi

Mendapatkan ereksi adalah satu proses yang kompleks yang melibatkan isyarat visual, emosi, hormon, otot dan darah. Banyak perkara seperti tekanan, kemurungan, pemakanan yang tidak seimbang, dan alkohol diketahui menyebabkan masalah ereksi
Ini boleh memberi kesan kepada lelaki semua peringkat umur.

Tetapi sehingga kini, hubungan antara lemak di bahagian perut dan mati pucuk telah terlepas pandang oleh ramai lelaki, tambah Dr. Meuleman lagi.

Cuba bayangkan berapa ramai lelaki Malaysia khususnya yang terlebih boroi selepas berumahtangga tidak mempedulikan lemak-lemak di perut mereka!

Jangan ambil Viagra

Ramai lelaki yang mempunyai kesukaran mendapatkan dan mengekalkan satu ereksi gemar mengambil Viagra atau ubat-ubat kuat yang ada kesan segera tetapi kesan untuk jangka masa yang panjang juga tetap ada terutamanya untuk yang mempunyai masalah jantung, kencing manis, darah tinggi dan lain-lain,

Kata Dr Meuleman lagi, lelaki seharusnya tidak hanya bergantung kepada pil semata-mata. Mereka juga perlu menjalani gaya hidup sihat untuk menghilangkan penyebabnya iaitu lemak di perut (boroi).

Pil hanya memberi rangsangan sementara sahaja tetapi tidak merawat punca sebenar, dan dari masa ke masa ianya semakin kurang berkesan.

No comments :

Post a Comment