Tuesday 17 February 2015

Ereksi, Mengapa Lelaki Boleh Gagal?

Ada banyak sebab TAPI yang jelas itu adalah petanda tidak sihat. Ereksi atau ketegangan pada alat sulit khususnya lelaki berlaku jika darah memasuki ruang kemaluan itu dengan mencukupi.


Ini bermakna saluran darah mestilah tidak terganggu atau tersumbat. Alat sulit akan membesar dan menegang apabila sepasang tisu korpus kavernosum pada alat kelamin itu terisi dengan darah.


Tahukah anda, pembentukan plak dan lemak akibat pertambahan kolesterol di dalam badan mampu menyekat saluran darah. Oleh kerana saluran darah zakar lebih kecil berbanding pada bahagian lain tubuh, tanda awal kepada masalah kesihatan kardiovaskular ditunjukkan oleh tahap ereksi.


Fungsi Nitrik Oksida
Nitrik Oksida (NO) terbukti untuk merangsang aliran darah di seluruh badan. “Molekul Kehidupan” ini berfungsi sebagai vasodilator (mengembangkan dan mengendurkan saluran darah) untuk meningkatkan peredaran darah.

Lebih 112,000 kertas yang membincangkan Nitrik Oksida disenaraikan di PubMed (jurnal perubatan), jelas menunjukkan bahawa molekul ini meningkatkan kesihatan setiap sistem dalam badan termasuk organ-organ seksual.



Penyelidikan juga telah menunjukkan bahawa lemah tenaga batin mungkin satu lagi tanda Nitrik Oksida tidak mencukupi.

Semakin meningat usia kita, keupayaan semula jadi badan untuk menghasilkan Nitrik Oksida secara drastiknya berkurangan. Kesan lemah tenaga batin kebiasaannya melanda lelaki matang.

Banyak bahan-bahan utama yang dipreskripsi untuk ubatan mati pucuk adalah direka untuk meningkatkan pengeluaran Nitrik Oksida sekali gus merangsang aliran darah ke zakar.

Selain itu, banyak bahan-bahan utama dalam preskripsi untuk rawatan lemah tenaga batin direka untuk meningkatkan pengeluaran Nitrik Oksida sekali gus merangsang aliran darah ke zakar.

No comments :

Post a Comment