Thursday 16 October 2014

Nikmat Kepuasan Seks | Adakah Lebih Lama Lebih Puas



Satu perkara yang perlu anda ingat sebagai pasangan suami-isteri ketika melayari bahtera perkahwinan adalah seks itu memang penting akan tetapi ia bukanlah satu-satunya pengukur kebahagiaan sesebuah rumahtangga. Ia merupakan pelengkap yang boleh mengeratkan hubungan kasih-sayang anda bersama pasangan serta mengekalkan rasa cinta diantara anda berdua. Akan tetapi, seks tidak boleh dalam yang sama juga anda ambil ringan jika anda tidak mendapat kepuasan melaluinya.


Anda tak boleh berdiam diri dan hanya membisu. Dalam artikel ini, saya berkongsi bersama anda berkenaan persoalan adakah lebih lama ketika di ranjang, lebih puas? Tentu anda biasa dengar dengan pendapat, lebih lama jangka masa seks dilakukan bersama pasangan, leibh baik dan puas. Ada yang cakap perlu 30 minit, ada yang kata perlu sekurang-kurangnya 45 minit, malah anda juga pendapatan yang mengatakan lebih daripada sejam.

Hakikatnya yang sebenarnya ialah jangka masa yang lama bukanlah kayu pengukur untuk menentukan samada kepuasan seks diantara pasangan suami-isteri dapat dicapai. Mengikut kajian yang dilakukan di US, tempoh masa yang normal untuk seseorang itu tak kira suami atau isteri mencapai kepuasan dalam hubungan seks ialah hanyalah 30 minit. Ya, memang sebenarnya isteri anda pun mampu mencapaikepuasan dan orgasma dalam masa kurang 30 minit.

Wanita hanya memerlukan masa 30 minit untuk mencapai orgasma. Jika tidak, ada kemungkinan besar, isteri anda mempunyai sedikit masalah dari segi penerimaan rangsangan seksual atau kedinginan seks. Begitu juga bagi lelaki. Jika si suami tidak mampu berejakulasi kurang dari 30 minit, ada kemungkinan besar dia mengalami masalah seperti mati pucuk. Apa yang penting, bukanlah kuantiti masa yang menjadi keutamaan. Yang penting dalam hubungan seks suami-isteri ialah kualiti dan kepuasan yang dicapai bersama.

No comments :

Post a Comment