Sunday 17 August 2014

Smart Fon Murah Tapi Terbaikk - NOKIA LUMIA 530


Mahu telefon murah? Microsoft pun tidak ketinggalan mengumumkan telefon pintar Lumia paling murah pernah mereka keluarkan Lumia 530 pada harga RM355 sahaja! Meskipun berharga murah, ia dilengkapi dengan sistem operasi Windows Phone 8.1 terkini, lengkap dengan kemaskini Cyan.

Nokia Lumia 530 dikuasakan CPU Qualcomm Snapdragon 200, 4-teras berkelajuan 1.2GHz dan GPU Adreno 302. Ia mempunyai skrin 4-inci beresolusi 854×480. Ia ditambah lagi dengan 512MB RAM, 4GB memori dalaman dan slot mikro-SD untuk tambahan memori. 

Microsoft turut memberikan storan awan OneCloud sebanyak 15GB percuma buat pengguna Lumia 530. Baterinya sebesar 1430mAh dan boleh diubah bila diperlukan. Ia mempunyai dwi slot untuk mikro sim-kad dan menyokong rangkaian 3G HSPA+ sepantas 21MBps.

Microsoft turut menyertakan beberapa aplikasi khas buat Lumia 530. Antaranya ialah Skype, Microsoft Office, Here Maps dan banyak lagi. Windows Phone Store sehingga kini mempunyai lebih 300,000 aplikasi. Aplikasi terkenal seperti Instagram, WhatsApp, Viber, LINE, WeChat, FitBit, AirAsia dan MyTeksi serta permainan seperti Asphalt 8 sedia dimuat turun untuk digunakan pada Lumia 530.

Walaupun penuh berkuasa, Lumia 530 tidak mempunyai kamera hadapan. Manakala kamera belakangnya yang boleh menangkap gambar 5MP, hanya mempunyai fokus tetap dan tidak mempunyai LED Flash.

Nokia Lumia 530 sudah mula dijual di Malaysia bermula 16 Ogos 2014 pada harga RM355. Ia boleh didapati dalam 4 warna iaitu oren, hijau cerah, putih dan kelabu.



Sumber

No comments :

Post a Comment