Saturday 11 January 2014

Nafsu diuji dengan empat sifat

NAFSU diuji dengan empat sifat yang berbeza-beza. 

Pertama, sifat ketuhanan; seperti sombong, angkuh, sukakan pujian, sukakan keagungan dan kekayaan.

Kedua, sifat (akhlak) syaitan, seperti menipu, mereka-reka cerita, hasut-menghasut, buruk sangka.

Ketiga, sifat alami kebinatangan, seperti senang makan, minum dan berhubungan badan.

Keempat, sifat kehambaan, seperti takut, tawadhu', rendah hati.

Seorang hamba tidak akan menjadi hamba yang bersih, sehingga dirinya bersih terlebih dahulu daripada tiga sifat yang disebutkan di atas (3 sifat yang terdahulu).

[Petikan dari kitab Qut Al-Qulub , Pasal 25 - Syeikh Abu Thalib Al-Makki]

* Kitab Quut Al-Qulub / قوت القلوب (Santapan Qalbu) adalah antara kitab Tasawwuf terawal dalam sejarah kitab tasawwuf selepas kitab pertama iaitu kitab Al-Luma'

p/s: Semoga dengan mengetahui ujian-ujian terhadap NAFSU di atas, kita dapat berhati-hati dan mengawal nafsu kita agar tidak bermeraja-lela dan menjadi sarang syaitan, na'udzubillah .......

Tambahan

Sebahagian daripada sifat-sifat anda adalah bercorak kebinatangan. Sebahagian pula bersifatIblis dan sebahagian pula bersifat Malaikat. Anda hendaklah tahu sifat yang mana perlu ada, dan yang tidak perlu. Jika anda tidak tahu, maka tidaklah anda tahu di mana letaknya kebahagiaan anda itu.

Kerja binatang ialah makan, tidur dan berkelahi. Jika anda hendak jadi binatang, buatlah itu sahaja. Iblis dan syaitan itu sibuk hendak menyesatkan manusia, pandai menipu dan berpura-pura. Kalau anda hendak menurut mereka itu, buatlah sebagaimana kerja-kerja mereka itu. Malaikat sibuk dengan memikir dan memandang Keindahan Ilahi. Mereka bebas dari sifat-sifat kebinatangan. Jika anda ingin bersifat dengan sifat KeMalaikatan, maka berusahalah menuju asal anda itu agar dapat anda mengenali dan memikirkan Allah Yang Maha Tinggi dan bebas dari belenggu hawa nafsu.


[Petikan dari kitab Kimiya As-Sa'adah - Imam Al-Ghazali]

No comments :

Post a Comment