Tuesday 25 June 2013

Ciri-Ciri Hubungan Asmara yang Komited

Walaupun berstatus sebagai pasangan kekasih, namun belum tentu hubungan tersebut berdasarkan dengan komitmen. Komitmen boleh tercipta bila kedua belah pihak dapat menjalani hubungan dengan serius. Empat ciri dibawah ini diperturunkan untuk renungan bersama.




1. Bertemu dengan orangtuanya
Tanda anda belum bersedia menjalin hubungan yang serius adalah segan mengenalkan kekasih dengan ibu bapa. Orang tersebut mungkin belum yakin dengan kekasihnya ketika ini sehingga menunda untuk mengenalkannya kepada ibu bapa. Maka dari itu ketika anda dan dia saling mengenalkan kepada ibu bapa masing-masing, itu bermakna anda ingin komited dalam hubungan.

2. Mengetahui keadaan kewangan
Kehidupan kewangan terkadang menjadi topik yang sensitif. Meski sudah bercinta bertahun-tahun, masih banyak lelaki atau wanita yang merahsiakan pendapatan atau hutang-hutangnya, ini tanda hubungan yang terjalin belum begitu kuat. Hubungan yang komited salah satunya dicirikan dengan keterbukaan tentang keadaan kewangan pasangan masing-masing.

3. Selesa berada di rumahnya
Bukan hanya keselesaan semasa berada disampingnya, tetapi anda juga perlu selesa bersama keluarganya dan berada di rumahnya. Ketika kalian saling menganggap rumah pasangan sebagai rumah sendiribererti hubungan yang terjalin sudah berdasarkan dengan komitmen.

4. Membicarakan masa depan
Hubungan yang komited adalah hubungan yang mempunyai tujuan. Anda dan dia tidak segan membahas tentang masa depan, bermula dari pernikahan, rumah impian hingga anak.

No comments :

Post a Comment