Monday 22 April 2013

Ingin Main Lebih Lama? Ini Caranya!

Stres, gelisah, dan bosan adalah tiga faktor utama yang boleh mempengaruhi ghairah bercinta dan membuat anda malas untuk bercinta lama-lama. Sedangkan saat berhubungan badan adalah satu proses perkongsian yang perlu dilakukan dalam keadaan rileks dan tanpa tekanan.


Menikmati masa berhubungan badan lebih lama dapat meningkatkan keharmonian dan romantisme hubungan secara emosional bagi setiap pasangan. Itulah sebabnya anda perlu mengubah kebiasaan dan rutin dalam berhubungan seks supaya dapat menikmati hubungan seks yang lebih lama.

Berikut 6 tip yang boleh anda cuba agar hubungan seks anda lebih tahan lama dan anda benar-benar boleh menikmati setiap prosesnya.

Perlahan tapi Pasti
Jika anda tidak dikejar deadline pekerjaan atau keperluan lain yang membuat anda stres, sebaiknya luangkan masa sekurang-kurangnya 1 jam khusus untuk bercinta bersama si dia. Gunakan waktu ini sebaik mungkin agar anda tidak bercinta dalam tekanan dan terburu-buru. Jangan hanya tertumpu pada penembusan seks untuk mencapai orgasme. Tapi, fokuslah pada setiap prosesforeplay mulai dari saling menyentuh, mengurut, mencium dan seterusnya. Lakukan secara perlahan tapi pasti sebelum anda mengakhirinya dengan penembusan.

Atur Nafas anda
Menetapkan nafas erat kaitannya dengan irama bercinta. Menarik nafas dalam-dalam dan mengeluarkannya secara perlahan dapat membantu menenangkan fikiran dan membuat anda lebih rileks semasa bercinta. Jika anda ingin mendapatkan sensasi yang lebih hebat, cubalah membuat hembusan nafas dengan irama yang dinamik bersama pasangan. Cara ini boleh membuat hubungan seks anda menjadi lebih nikmat dan harmoni.

Jangan Membebani Diri Anda
Kadang-kadang anda berfikir untuk memuaskan pasangan hingga melakukan perkarahal di luar kemampuan anda sendiri. Tapi ketika tujuan anda tersebut tidak tercapai, timbul rasa kecewa yang akhirnya dapat menghilangkan mood anda untuk bercinta. Agar perkara tersebut tidak mengganggu anda, sebaiknya biarkan saja proses berhubungan badan anda mengalir apa adanya. Dengan cara ini anda berdua boleh lebih menikmati
saat bercinta.

Fokus pada Proses untuk Hasil yang Memuaskan
Seks lebih daripada sekadar penembusan zakar menuju faraj. Seks adalah satu proses romantisme, luapan kasih sayang, dan hasrat yang dilebur menjadi satu demi mencapai kepuasan bersama. Orgasme bukanlah yang utama dalam hubungan seks, melainkan menikmati seluruh proses bercinta dengan sepenuh hati adalah yang terpenting untuk hubungan seks yang lebih tahan lama.

Kenali Titik Sensual anda
Memahami tubuh sendiri juga menjadi bahagian penting agar hubungan seks anda lebih tahan lama. Kenali titik-titik sensual tubuh anda yang sensitif terhadap rangsangan. Beritahu kepada si dia untuk memaksimumkan rangsangan di kawasan sensitif tubuh anda.

Kenali Titik Sensual Pasangan
Agar tidak terkesan egois, anda juga wajib mempelajari titik-titik sensitif pasangan anda. Jangan malu-malu untuk bertanya. Jadikan suasana menjadi sangat selesa dan terbuka, sehingga anda berdua boleh saling berkongsi untuk demi mendapatkan hubungan seks yang ghairah dan tahan lama
.

No comments :

Post a Comment