Thursday 31 January 2013

BLACKBERRY Z10

Akhirnya!

Selama bertahun lamanya pengguna Blackberry menjadi bahan jenaka kerana mempunyai telefon pintar yang terencat. Semalam secara rasminya Blackberry memperkenalkan Z10, telefon pintar sebenar mereka kepada umum. Z10 mempunyai skrin sebesar 4.2 inci, kamera 8 megapixel , pemproses 1.5 Ghz Dua Teras , 2 GB RAM , 16 Gigabyte muatan dalaman dan menyokong penambahan muatan menggunakan kad SD. Ia juga diberikan sistem operasi baru iaituBB10 yang diharap dapat menyelamatkan Blackberry dari pupus sebagai pengeluar telefon mudah alih dunia. Ianya sudah mula dijual di United Kingdom hari ini sebelum mula dijual di Kanada dan UAE awal bulan Febuari ini. Nampak cantik tetapi Instagram tak ada lagi!












No comments :

Post a Comment