Tuesday 18 September 2012

8 Pengajaran bila layan Pendekar Bujang Lapok...Jangan gelak saja..


Pengajaran yang diperoleh bila menonton filem Pendekar Bujang Lapok:
  • Dapat lihat amalan kronisme dan nepotisme dalam kalangan samseng di Penambang bila anak dara muda diberikan laluan terlebih dahulu dari mereka yang beratur panjang untuk menaiki sampan.
  • Apabila orang kampung sudah jelek dan muak, muncul seseorang sebagai pencetus kebangkitan rakyat yang tidak puas hati dengan sikap dan layanan dari samseng Penambang.
  • Apabila muncul seorang yang berani,maka orang kampung yang lain mula bangkit menentang ketidak adilan dan memprotes sebagai rasa tidak puas hati.


  • Baru kita tahu,yang Alif Mim Nun Wau yang diucap oleh Sudin berbunyi SARKIS.
  • Kita perlu menuntut ilmu terlebih dahulu sebelum berjuang,seperti Ramlee,Sudin dan Ajis dihantar ke sekolah buta huruf terlebih dahulu..
  • Sabar dan berani melayan karenah MAMBANG-MAMBANG yang buat provokasi murahan dari puak...(macam hantu Jepun,kucing dan mereka suka mengumpat).
  • Lepas tu jangan lupa cari JKK dan Sarip Dol samseng,lawan pun kena pakai otak...tengok cara Sudin dan Ajiz,pakai tongkat je(kita pakai garam dan botol mineral).
  • Akhir sekali,dah menang JANGAN NAK PELUK ANAK DARA orang pula ye...


King Jason kata...p/s: kata biar terasa,tak suka sila REMOVE

No comments :

Post a Comment